Tuesday 9 July 2013

AHLAN WA SAHLAN YAH RAMADAN 1434 HIJRAH

My Life Is My Message

Assalamualaikum



Selamat datang ke pesawat Ramadan Air dengan penerbangan 1434 hijrah menuju ke aidilfitri. Kita akan terbang dalam masa 30 hari di atas permukaan dahaga dan lapar. Sila pakai tali pinggang puasa dan tegakkan sandaran solat, tutupkan meja dosa di depan anda dan buka penutup tingkap dengan amal dan takwa. Pesawat ini mempunyai 3 pintu kecemsann. Pintu pahala ada di depan anda. Pintu keampunan  ada di tengah dan kebajikan ada di belakang anda. Untuk keselamatan, diharap anda tidak mengaktifkan segala jenis hubungan propaganda dan segala rasa iri hati di dalamnya.

Selamat menikmati penerbangan anda dan selamat menyambut ramadan al-mubarak  ^__^


Ramadan merupakan bulan untuk menggandakan pahala setiap amalan kita. Setiap perkara fardhu yang kita lakukan akan digandakan sehingga 70 kali gandaan. Perkara sunat pula mendapat ganjaran sebagaimana ganjaran perkara fardhu.
Di bawah merupakan 50 pintu kebaikan yang boleh kita laksanakan semasa bulan Ramadhan:-
1- Ikhlas dalam setiap perbuatan

2- Bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benarnya
3- Berdoa ketika melihat anak bulan
4- Qiam semasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan
5- Mendirikan qiam semasa malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan
6- Bersungguh-sungguh beribadah dalam 10 malam terakhir
7- Iktikaf di masjid
8- Memberi makanan pada orang yang berbuka
9- Membaca Al-Quran
10-Banyakkan berzikir mengingati Allah
11-Lazimi istighfar
12-Mengambil wudu’ dan mengekalkannya
13-Solat sunat 2 rakaat selepas berwuduk (solat sunat wuduk)
14-Doa selepas azan
15-Berdoa antara azan dan iqamah (doa yg tidak tertolak)
16-Menjaga solat subuh dan Solat Asar
17-Membaca Surah Al-Kahfi paada hari Jumaat
18-Menjaga solat jemaah 5 waktu di masjid
19-Iltizam dengan saf pertama di masjid
20-Berterusan menunaikan Solat Dhuha setiap hari
21-Menjaga solat sunat rawatib (sebelum dan selepas solat fardhu)
22-Menunaikan solat sunat di rumah
23-Berusaha membiasakan anak-anak kita yang kecil dalam melazimi solat (ajarlah solat ketika mereka 7 tahun dan pukullah mereka apabila mereka 10 tahun jika tidak mahu solat)
24-Menjaga solat sunat terawih
25-Mensegerakan berbuka bila azan bergema
26-Berdoa sebelum waktu iftar
27-Berdoa ketika berbuka
28-Menunaikan zakat fitrah
29-Infaq di atas jalan Allah
30-Menghilangkan gangguan/halangan di atas jalan (kayu,batu besar dll yang menghalang laluan)
31-Berbuat baik kepada ibu bapa dan mentaati mereka
32-Berbuat baik kepada anak yatim
33-Membantu menyelesaikan hajat orang lain
34-Ziarah saudara, sahabat dan rakan2
35-Ziarah orang sakit
36-Menyambung kembali silaturrahim jika terputus
37-Bergembira dengan kegembiraan saudara semuslim
38-Membetulkan kesalahan orang lain
39-Lemah lembut dengan manusia
40-Duduk dengan orang yang soleh dan baik
41-Menjaga lisan dan kemaluan
42-Banyakkan bertahlil(Lailahaillah) dan bertasbih (subhanallah)
43-Banyakkan berselawat ke atas Nabi
44-Bersedaqah jariah
45-Bantu orang muslimin
46-Menjalin silaturrahim dengan kawan ibubapa kita dan berbuat baik kepada mereka
47-Berbuat baik pada jiran
48-Mendoakan untuk ibu bapa
49-Mendoakan saudara semuslim tanpa pengetahuannya
50-Berdoa untuk kaum muslimin dan meminta pengampunan untuk mereka




(Jom Berniat Kawan-kawan)


oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Tuesday 25 June 2013

Contoh Surat Untuk Mak Bapak Bagi Sesiapa Yang Mahu Khawin Awal

My Life Is My Message

Assalamualaikum



Ha, kat bawah ni merupakan contoh surat untuk Mak Bapak bagi sesiapa yang mahu khawin awal, siapa yang rasa nak kahwin awal tu, bolehlah copy surat ni and edit mana yang patut..thenprint, pergi pejabat pos, seterusnya kirim lah kat mak bapak yang tercinta.. Kalau nak canggih sikit, email je pun lagi senang.. Selamat mencuba! ^_^



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…
Apa khabar dengan keluarga di Labuan? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Ajib pun tak berapa jelas mengapa ajib nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar ajib tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, ajib selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang ajib tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, ajib sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila ajib cakap macam nie. Ajib bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. Ajib nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, ajib akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, ajib rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah. Ajib bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi ajib nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:



“Dan janganlah kamu menghampiri zina…"


(Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.


Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti ajib, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk. Mengenai calon, ajib takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi ajib green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia. Ajib lebih suka calon tu ajib yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk ajib.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak ajib akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang ajib nikahi nanti. Seperti yang ajib katakan awal-awal tadi, ajib nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh ajib belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka ajib akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu.

Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau ajib telefon dia, ajib dapat pahala, ajib rindu kat dia, ajib dapat pahala, ajib bagi hadiah kat dia, ajib dapat pahala malahan kalau ajib keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, ajib nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan ajib masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka ajib akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib ajib bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka ajib akan bagi dia sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum ajib nak nikah, ajib akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri ajib. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak ajib tangguh dulu. Apa-apa pun, ajib tegaskan sekali lagi, ajib nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

Ajib tengok semua abang ajib nikah awal dalam umur 22 tahun. Ajib cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu ajib tua nanti, ajib tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak ajib nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). Ajib juga harap, anak-anak ajib nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.


Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. Ajib tak nak ajib akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.



Ajib sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan ajib dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Usu Mol, sebab ajib tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu ajib ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.


Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. Ajib nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi ajib, kalau ajib membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab ajib pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja ajib membicarakan hal nikah ni ketika mana ajib baru berusia 20 tahun (dalam tahun Islam, ajib dah 21 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat ajib ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Ajib tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang ajib katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.


Kalau boleh jgn bagitau abg jul dan abg didi, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan ajib ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, ajib akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.


Akhirul kalam, doakan ajib di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Labuan.





Puteramu,

Ajib




Ya Allah..selang setahun dua nii..mau copy paste lah contoh surat nii..then bagi kat mak bapak..hehe..begitu mendalam isinya..Moga Dipermudahkan :)



oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Ayat Beracun Lelaki

My Life Is My Message

Assalamualaikum


Perhatian kepada semua kaum lelaki elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.





1. “Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.”What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan ’senjata’ sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah adalah cukup menyedihkan.


2. “I tak suka dengan kawan-kawan you.”Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau ’suci’. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara hebat.


3. “I punya ex-girlfriend dulu….”Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan dengar ayat-ayat seperti “you dah tak sayang I lagi”, “you lebih suka ex you“, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.


4. “Cuba tengok perempuan tu…”Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya, anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.


5. “I tak cukup bagus untuk you.”Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan ye.


6. “I takde mood lah.”Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, it’s about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini dan adalah lebih baik anda berdiam diri.


7. “Perangai you macam mak you lah.”Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak akan suka.


8. “Takyahlah nak emo…”Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!


9. “I tak sukalah baju tu…”Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabkan tentang itu. Lainlah kalau berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.


10. “Kakak/Abang you entah apa-apa.”Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, don’t say it to her face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!



Hehe~ that's all :)

oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Monday 24 June 2013

Tanda-tanda Dia Jodoh Kita



My Life Is My Message

Asslamualaikum


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)






Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Arts & Psychology

My Life Is My Message

Assalamualaikum








 
oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Sharing Is Caring

My Life Is My Message

Assalamualaikum



6 Sifat Buruk Perempuan Yang Tidak Layak Dijadikan Isteri ~

:: Al-Anaanah (Banyak Keluh Kesah)

:: Al-Manaanah (Suka Mengungkit)

:: Al-Hunaanah (Ingin Pada Suami Yang Lain@Berkenan Dengan Lelaki Lain)

:: Al-Hudaaqoh (Suka Memaksa)

:: Al-Hulaaqoh (Sibuk Bersolek, Tidur, Santai@Melakukan Perkara Yang Lalai)

:: As-Salaaqoh (Suka Bergosip)







Sharing Is Caring .. Peringatan Pada Diriku Dan Kaum Hawa :)



oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Usaha Kunci Kejayaan

My Life Is My Message

Assalamualaikum

Usaha Kunci Kejayaan? Yah! Itulah rahsianya. Setelah melalui keempat-empat exam (upsr, pmr, spm & stpm). Alhamdulillah, inilah hasilnya  ^__^ (ndak sia-sia kan?) :-


Hehe~ Surat tawaran? Dari mana? Alhamdulillah. Perasaan bercampur baur setelah mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. huhu~ ndak sangka kan rezeki yang Allah berikan ni. Sangat-sangat bersyukur. Kisahnya begini sebelum dapat tahu yang aku dapat tawaran :- Pada suatu hari hehe~ time cuti beberapa bulan setelah perolehi result stpm, tiba saatnya mahu tahu result UPU pula. Dulu time spm, ndak dapat. Takut perasaan dulu kembali pula. Risau pun ada. Dalam hati tawakal saja lahhh. Mau menangis pun ada. (padahal belum tahu lagi) haha~ Time tu aku jaga warung makan mama sebelah di Klinik Desa Petagas, maklumlah cutikan. Hp di tangan, macam mahu ndak mahu ja taip -RESULT UPU- hantar ke 15888. Takut bha. huhu~ Tapi dengan perasaan ingin tahu dan perasaan ndak sabar. Taip juga lahh. Dengan kalimah  -Bismillahiramannirrahim- sent itu message. Fuhh~ Apa lah result nya nanti :( Jari jemari makin menggeletar pegang itu Hp. Tapi perasaan exticed makin terasa. Dengan harapan cepatlah direply itu message. tup tup tup tunggu punya tunggu setengah jam pula baru direply. haha~ Sabar ja lahh. Message sudah didepan mata, tapi belum buka lagi. Mahu baca doa-doa dulu, dengan harapan berita baiklah yang aku dapat. Perkataan yang masih segar dalam ingatan ku "Dengan Sukacita nya dimaklumkan, Anda telah mendapat tawaran.....) macam tu lah bunyinya.. YA ALLLAAAHHH... punya HAPPYYY~ Menangis bha terussss.. haha~ Sangat-sangat bersyukur.. Perasaan bercampur baur sudah.. haha~ Teruslah call mama bapak. Mahu bagitau berita gembira ni.. Alhamdulillah perkataan yang sentiasa diungkap dengan rezeki yang Allah berikan ni. Terima Kasih Mak Bapak. Terima Kasih Guru-guru. Terima Kasih Kawan-kawan. Terima Kasih semuanya~ Berkat doa, usaha, dan tawakal dapat juga kejayaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Alhamdulillah, ya Allah~ Usaha Kunci Kejayaan :)

Inilah Universiti Malaysia Sabah (UMS) tempatku untuk sambung belajar. Ijazah Sarjana Muda Psikologi dan Kerja Sosial (tawaran course yang aku dapat) hehe~ Alhamdulillah~

oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Zaman Pra-U SMK Tansau, Penampang

My Life Is My Message

Assalamualaikum

(Zaman Pra-U SMK Tansau, Penampang)

Hidup sebagai pelajar sekolah dulu memang menyeronokkan. Of course-lah kan. hehe~ Enjoy enjoy juga, tapi pelajaran mesti diutamakan. Itulah harapan kedua orang tua kita semua. Setelah mengharungi exam UPSR, PMR & SPM, dan akhirnya exam STPM 2011. Alhamdulillah berkat doa & dorongan ibubapa, berjaya juga melepasi segala kehidupan time di bangku sekolah. hehe~ Zaman pra-U? Yup! Penuh dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Banyak sangat kenangan manis & pahit time tu. 


Dulu time form 6, kelas aku kelas 6 Bawah I dan 6 Atas I, maksudnya kelas EKONOMI. Ndak sangka pula dari aliran SAINS time SPM pigi ke aliran EKONOMI. Satu benda pun langsung ndak tahu pasal bidang ekonomi ni. haa~ xpa xpa. Benda baru jangan kita tolak tapi kita pelajarinya. Alhamdulillah dengan didikan Miss Chong selaku guru kelas aku time tu dan juga selaku guru ekonomi, dapat juga ilmunya. Miss Chong memang TERBAIK~ Guru-guru lain pun terbaik juga seperti Puan Rohana, Puan Rosaini, Puan Zaraiton, En Salam, En Bakri (Ketua Form 6), Puan Faridah, Puan Ipah, Puan Windy, Puan Lidwine dan lain-lain. Mereka semua TERBAIK~ Tanpa mereka semua, tanpa doa mereka semua, tanpa dorongan mereka semua, aku ndak dapat apa yang aku impikan.



Alhamdulillah, setelah setahun setengah menimbah ilmu semasa zama pra-U. Ndak sia-sia segala penat lelah, bertungkus-lumus, study struggle, solat hajat dan berdoa. Akhirnya dapat juga result yang baik. hehe~ Tidak lupa juga mak bapak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan semasa aku exam dulu. hehe~ Memang  BEST lah hidup zaman sekolah dulu. Really miss it <3

oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Introduction

My Life Is My Message

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Dengan berkat kesabaran dapat juga SIAP kan blog yang ndak seberapa ni. haa~ Simple tapi puas hati. Selamat Membaca. haha~



oleh:- amoibhaney.blogspot.com

Sunday 23 June 2013

Assalamualaikum

My Life Is My Message

Assalamualaikum.



oleh:- amoibhaney.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...